SELAMAT DATANG REJAB..
Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bermaksud :
"Rejab adalah bulan Allah S.W.T , Syaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku".
Dari hadis tersebut dan juga banyak lagi hadis baginda menunjukkan bahawa ketiga tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Ilam mengerjakan berbagai bagai amal ibadah, yang diberi sebebsar besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.
Dari hadis tersebut dan juga banyak lagi hadis baginda menunjukkan bahawa ketiga tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Ilam mengerjakan berbagai bagai amal ibadah, yang diberi sebebsar besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.
Menurut maksud sebuah hadis Rasullullah S.A.W, sesiapa yang berpuasa
sebulan pada bulan Rejab maka Allah S.W.T menyeru kepadanya:-
"Telah wajib
hakmu ke atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi Ketinggian dan
KebesaranKu, tidak akan ku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah
Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia
disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada Hijab di antara Aku dan engkau".
Solat Solat Sunat dan Fadhilatnya
Ibadat
puasa sunat pada bulan Rejab yang tersebut di atas akan bertambah
lipat-ganda ganjaran pahalanya jika dikerjakan pula solat solat sunat
pada malam dan siangnya. Solat-solat sunat ini termasuklah solat sunat
bulan Rejab dan solat-solat sunat termasuklah solat sunat bulan Rejab
dan solat solat sunat lain seperti Tahajjud, Tasbih, Hajat, Israq,
Dhuha, Taubat dan lain lain.
Solat Sunat Rejab
Lakukan
pada malam hari diikuti ibadat puasa hari esoknya seberapa banyak yang
mampu (lakukan tiap tiap dua rakaat satu malam) dan lafaz niatnya :
" Aku solat sunat Rejab dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Menurut
sebuah Hadis Rasulullah SAW daripada Salman r.a. , Mereka yang
mendirikan solat sunat Rejab 30 rakaat dalam bulan Rejab, insya-Allah
akan dihapuskan dosa-dosanya yang lalu dan diberi ganjaran pahala
seperti berpuasa sepanjang tahun.
MOGA AKU DIBERI KEKUATAN UNTUK MEMBUAT PUASA SUNAT SERTA PUASA GANTI, SBBNYA, KANDUNGANKU DH 7 BULAN, AKU TAKUT XLARAT JE..HUHUHU
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN & NIATKU...
No comments:
Post a Comment