1.Saling
Memberi Hadiah : Bukan mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi
RASA KASIH sayang andalah yang harus melebihi NILAInya.
2.Mengkhususkan Waktu Untuk Bersama :Jangan sampai antara suami isteri
sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk bersama.
Jangan terlalu sibuk melakukan pelbagai pekerjaan atau aktiviti sehingga melupakan pasangan anda.
3.Selalu Menampakkan Wajah Yang Ceria: Di antara cara untuk mempererat
cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan
bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan
dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya
berwajah ceria, suasana bahagia dan ceria akan timbul dalam hubungan.
4.Memberikan Penghormatan Dengan Hangat Kepada Pasangannya, Baik Ketika
Hendak Pergi Keluar Rumah Ataupun Ketika Pulang: Penghormatan itu
hendaklah dilakukan dengan mesra. Ternyata mencium isteri
dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan
ataupun kekakuan antara suami isteri.
5.Hendaklah Memuji
Pasangannya : Pujian harus dilakukan dalam hubungan suami isteri untuk
memberikan motivasi kepada pasangan masing-masing. Pujian itu
diungkapkan dengan jujur dan tulus, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.
6.Bersama-Sama Melakukan Tugas Dan Tanggungjawab : Di antara kesalahan
sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas
di rumah. Mereka beranggap bahawa jika melakukan tugas di
rumah, kewibawaan mereka sebagai seorang isteri semakin menurun.
Pendapat ni ternyata tidak benar.
7.Perlu Adanya Keterbukaan :
Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara masalah
yang sering timbul di dalam keluarga ialah suami dan isteri
masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan masalah kepada
pasangannya. Luahkan kepada pasangan, jadikan pasangan tempat untuk
mengadu dan bermesra.
No comments:
Post a Comment