Wednesday 30 November 2011

makan di lewat malam

xpenah2 kami buat seja kawin, tpi smalam, kami wat kja gila..hehehe..nk tau apa??

smalam after tgk tv, aku naik atas, konon2, amik feel nk tdo la..tpi besa la,time nieyh la dpt habiskan masa or manja2 ngan hubby...kami sembang la macam2..smpai satu part, aku cter la kisah sbnar..yg sbenarnya, dri opis, aku dh terbayang nk mkn delifrance..xkisah la mkn apa, janji site dish dia ada mushroom sup...
ptg balik kja, hubby tnya dh mkn ke blom..aku plak tnya balik kt hubby, dia kata blom mkn, pas tue xde selera nk mkn..urmmm terbantot aku nk ajak..sbb keadaan dia pn kurang sihat...cancelled terus..aku suh hubby hantar balik..

cam besa la, ptg2, hubby xde, dok sorang2, layan perasaan..huhuhu..after solat maghrib, dh terasa lapa..tpi aku xkirim pape pn kt hubby, sbb aku mmg dh baget nk mkn mushroom soup...trun bwah, terus aku kluarkan nugget ngan cocktail..apa lagi teruskn operasi masak mushroom soup..hehehe, lega dpt mkn..alhamdulillah kenyang ngan masakan aku..

bila aku cter smula kt hubby, mngenai plan aku, hubby cko napa xgtau..hehehe..xsmpai ati, dri tgk muka xsihat, baik aku lupakan hajat tue..huhuhu..tgh sembang2, sal tosei yg hubby beli tmpoh hari, aku terkeluar plak, sal roti nan...klo dpt mkn mesti sedap..

tetiba selera hubby terbuka..dia ajak aku mkn roti nan mlm tue gak..lawak je, dh siap2 pakai baju tdo, kna tuka smula..dalm kul 11.00p.m ++ kami pn kluar g mkn..tapi bukan sorg satu ye, kami share...yg lawaknya, smpai je roti nan, masing2 cam piranna..haish, sabo je la..

alhamdulillah, lena mlm tue sbb kekenyangan..hehehe
rsa cam nk p mkn lagi je..sedap bila mkn time panas2..

Tuesday 29 November 2011

Trimester ke2

alhamdulillah..bayiku telah masuk ke trimester ke dan berusia 20weeks bersamaan 5bulan..syukur padamua ya ALLAH, kerna diberi peluang merasai saat2 mengandungkan bayi..macam2 perasaan menyelubungi diri ini..ye la mana taknya, bdn tengah lemah, keadaan camni la, biasanya bnda2 yg xelok sering mngganggu...kdg2 terasa takot sangat duk sorg2 kt umah...kdg2 sedih sgt, duk lama2 kt umah tanpa hubby...kdg2 mengalir air mata...urmm tpi itulah pengalaman..masing2 akan alaminya, cuma caranya je yg lain..nak2 skunk dh leyh rsa baby bergerak..kdg2 tgh rileks, baring2 terasa baby gerak..hehehe..time tido, kdg2 xselesa, tapi biarkn aje..suka sgt, maknanya baby aktif la..

masuk je trimester ke dua bru la aku selera nk makan, tpi klo time kja kdg2 selera nk makan nasi tue kurang jga..
skunk aku nk kongsi serba ckit apa yg aku lakukan & mknn apa yg boleyh aku telan..hehehe





SUSU HL & MADU --> biasanya aku akan campur kan susu ngan madu..urmm xtau la elok ke x, sbnrnya madu campur ngan susu nieyh...aku cari kt ternet kabaikannya, xjmpa plal..then aku akan letak cornflakes..layan...tpi xlah setiap ari ye..ikut tekak aku nk mkan time bila..hehehe



KURMA --> buah kurma mmg elok untuk ibu mengandung, selain itu jga Kurma sangat bagus untuk pertumbuhan bayi. Mungkin ramai yang sudah tahu kebaikan dan khasiat buah kurma ini. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W juga amat menggemari buah kurma untuk di makan setiap hari..tpi aku nieyh xde la mkn setiap ari..huhuhu



UBAT-UBATAN --> ubat2an adalah wajib bagiku makan setiap ari..no skip ok..sbb ini mmbantu untuk bayi juga..vitamin yg aku amik skunk nieyh adalah, I-BERET FOLATE & NEURO GAIN & KALSIUM..sebelum nieyh aku makn OBIMIN, tpi disebabkan kepekatan darah aku kurang, aku tukan pada I-BERET FOLATE...berharap sgt darah aku akan pekat..kesian kt baby nnti..



ENFAMAMA --> sebelum nieyh mmg la setiap ari 2 kali aku minum susu..tpi bila aku dh gantikan pil calsium, agak kemalasan untuk aku mnom susu..hehehe..hubby plak kerap tnya, napa susu x abis2 lagi..klo x, tiap2 bulan akan beli..urmmm kna usaha abiskan juga nieyh..huhuhu...



CORNFLAKES --> ini adalah hidangan kudap2an ku..huhuhu..kdang2 klo xselera nk mkn pagi, aku mknla cornflakes letak susu..xpn, aku mkn gitu aja...



MENGAJI --> selain dri pemakanan, rutin harianku, aku akan pastikan diriku mengaji al-quran, melainkan aku ada hal pada hari tersebut baru la skip mmbca..setiap hari aku akan baca surah2 yg sesuai ketika megandung..insya'allah aku akan terus mmbca sehingga aku bersalin..aku akan pastikan ia menjadi amalan setiap hari agar anak yang bakal lahir nanti akan mempunyai sifat2 yang mulia untuk di contohi. Selain itu ia juga dapat mendekatkan lagi kita dengan tuhan dan semoga tuhan memudahkan perjalanan kehamilan kita..insya'allah...



KISMIS --> makanan yg wajib aku mengunyah ketikan di opis...aku mmg sengaja letak kt opis, sbb aku tau, bila letak kt umah, alamatnya jadi pekasam la..huhuhu..dri aku kunyah mknn yg xde zat, baik aku kunyah kismis, dh tentu ada khasiatnya...

BUAH-BUAHAN --> buah-buahan, mknn yg perlu aku makan..jika x, perut akan rsa xselesa, dan mulalah sembelit pn dtg...buah favorit aku, pir madu / pir cina...mmg sedap..

AIR MASAK --> minuman nieyh akan aku bwa kemana saja..even di rumah, aku akan letak dlm bekas, senang aku nk minum, klo xbuat cam tue, mmg aku xmnimom la..huhuhu

so, inilah diantara rutin aku, selain dri tue, aku akan search di internet mengenai kandungan bayi nieyh...bab excersice tue..klo basuh kain, jemur kain, kemas umah dikirakan senaman juga la tue kan?? hehehehe

Friday 18 November 2011

Adab Isteri Dirumah

artikel nieyh aku baca dri satu blog, amat menarik, dh terus aku copy, sbb boleyh dijadikan panduan...walaupun aku bru kahwin, tpi mesti ada yg terMISS 1/2 perkara nieyh..wahai suami ku, jika ada yg xsempurna tue minta maaf la ye..bukan apa, kadang2 terlupa dan kadang2 tue terlalu ikutkan emosi..huhuhu...harap apa yg saya buat tue redha kan ye..


23 panduan dan tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah :

1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.

2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.

4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.

5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking

7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.

8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.

9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T

10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.

11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.

12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.

13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”

14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.

15. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja

17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.

19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.

20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.

21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??

22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan

23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.

walaupn kadang2 terlepas pandang, minta maaf ye wahai suamiku...akanku cuba perbaiki jika ada kelemahan...Luv U Sayang

sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);

“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”

cLoSe WeEkLy CheCk Up

finally, tutup jua weekly check up ku pada ari nieyh..hahaha..rasa sgt bahagia tau bila dr. kata
"ok, boleyh close la" fuhhhh lega ati nieyh..mana x nya, penat menunggu, boleyh naik blood pressure ku..huhuhu...suppose last week leyh close, tpi nurse tue kata kaki aku bengkak...urmmm aku nengok xde la bengkak..agaknya dri pndangan mata nurse tue, nmpak kaki aku bengkak kot...kecewa btol sbb minggu akan dtg kna check lagi...
ari nieyh cek, nurse tnya, parents ada darah tinggi ke?? aku ckp la x, urmm klo parents xde, cane awak leyh ada, may be sbb pregant kot...nurse tue wat assumption cndri, aku ckp la kt nurse, yg BP aku ok, then dia cek air kencing aku pn ok..nurse pn pelik napa aku wat weekly check up...aku gtau la sal kaki aku bengkak...urmm nurse tue nengok ok je..hehehe..
so, nurse suh aku refer dr. tgk, sama ada dh leyh close case ke x...
alhamdulillah dh close, aku ngan hubby lega sgt sbb xyah pegi tetiap minggu..hehehe..cuma timbang berat, berat aku naik mndadak..pelik gak, pdhal aku mkn cam besa je, may be beberapa ari lepas aku da mkn lewat...ok lah, pas nieyh hubby mesti cntrol smula pemakann aku..hehehehe..

jmpa nurse2 suma 2 minggu akan datang...daaaa

Wednesday 16 November 2011

Siapa Mu'az Bin Jabal??

Kelahiran dan kehidupan beliau:
- Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah.
- Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah.
- Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.


Berbaiah dengan Nabi:
- Muaz r.a termasuk di dalam rombongan yang berjumlah seramai 72 orang Madinah yang datang berbaiah dengan Nabi s.a.w.
- Sebaik sahaja selesai berbaiah, Muaz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat Madinah. Beliau berjaya mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti: Amru bin Al-Jamuh.

Sifat terpuji beliau:
- Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-syariat Allah.
- Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda: Yang bermaksud: Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.
- Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.
- Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah s.w.t.
- Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda.
- Setelah Muaz r.a kembali ke Madinah, beliau mendapati Rasulullah s.a.w telah meninggal dunia. Peristiwa tersebut tidak dapat ditanggung oleh Muaz menyebabkan beliau menangis tersedu-sedu di atas kehilangan Rasulullah s.a.w.
- Setelah Umar bin Al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah, beliau mengutuskan Muaz untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan Bani Kilab.

Keberangkatan Muaz ke Syam untuk mengajar Al-Quran:
- Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a juga berlaku peristiwa di mana gabenor Syam telah menghantar Yazid bin Abi Sufian meminta daripada Umar r.a supaya menghantar seorang tenaga pengajar kepada penduduk Syam. Lalu Umar memanggil Muaz bin Jabal, Ubadah bin As-Somit, Abu Ayub Al-Ansariy, Ubai bin Kaab dan Abu Darda' dalam satu majlis. Khalifah Umar berkata kepada mereka: "Sesungguhnya saudara kamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar sesiapa sahaja yang boleh mengajar Al-Quran kepada mereka dan memberikan kefahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh yang demikian bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu bolehlah membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu".
- Lalu mereka menjawab: "Kami tidak akan membuat pengundian memandangkan Abu Ayub telah terlalu tua manakala Ubai pula sentiasa mengalami kesakitan dan yang tinggal hanya kami bertiga sahaja". Kemudian Umar berkata kepada mereka: "Kamu mulakanlah tugas kamu di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang daripada kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu pula hendaklah pergi ke Damsyik dan seorang lagi pergi ke Palestin". Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubadah bin As-Somit di sana, Abu Darda' pergi ke Damsyik manakala Muaz bin Jabal pula terus berlalu pergi ke Palestin.

Kematian beliau:
Muaz bin Jabal berada di Palestin sehinggalah beliau diserang wabak. Ketika hampir mati beliau berkata: "Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.

KL-PD-KL

urmm cuti deepavali, org beraya, kami keluar berjalan2..hubby saja bwa aku..maklumlah, minggu tue dia kja dri siang smpai malam..so, dat day, dia luangkan masa dngan ku..hubby tnya nk g mna..kebetulan aku tgk kt interner, Babyjaya ada wat sale..so, aku ajak hubby jalan2 kt sana, bukannya nk beli pn, survey2 je..hehehe..
after brunch kami ke damansara tuk pergi ke Babyjaya..igtkn pas tue nk g The Curve..skali tgk jammed xhingat jalan nk masuk ke sana..cancelled terus..smpai sana, urmm not bad la..xde la meriah sperti dlm internet..hehehe..cuma bnyak stroller, car seat, maxi coxi, baby coat ngan breaspump..



kluar je dri Babyjaya, hubby ckp nk ke PD..aku igt dia memain, rupanya betul..hahaha..maklumlah isteri dia mngidam nk kna air pantai..hehehe..dh la xbwa baju..urmmm rugi2...so, kami teruskan perjalanan ke PD..along the way ke PD, ujan je..aku risau gak, smpai sana, ujan lebat..tpi alhamdulillah, xujan, cuma cuaca xterik la...sedang elok je..



masuk simpang PD, hubby terus tuju ke Regency Hotel..kt situ pantai dia private..so, xtercemar la..lagipn ctue la tmpt jatuh lagi dikenang...ngeh ngeh ngeh..tmpt 1st time hubby cuba-cuba nk ngorat aku dlu...urmmm tapi bukan kami berdua je ye..time tue kami pergi ramai2 kira reunion kwn skolah la..tpi aku sombong time tue...hahahaha...
so, kami jalan2 je la kt pantai tue, biar kna kan kaki kt gigi air pn jadi..hehehe..syok sgt, hubby layan je..lama kami pusing2 kt pantai tue..



dh puas kt Regency, kami ronda tmpat lain plak..kami pegi teluk kemang..konon2 nk cari makan kt ctue, tpi xde apa pn..crowded btol kt teluk kemang tue..dh rilek2 smbil mkn kuih, kami gerak, solat asar dlu..pas solat kami jalan ke pantai yg xramai org..bersih je tmpt tue..xlama pn aku kt ctue..sbb dh kepenatan...hahaha..

igt nk dinner kt PD, tpi xtau arah tuju, so lama kul 6.00pm kami gerak ke KL, tpi lalu jln dlm..saja nk abiskn masa..hehehe..smpai KL, kami terus g makan..mkn steak lagi..

alhamdulillah, perjalanan kami berdua pda ari tue, sgt gembira..hubby layan kerenah aku..ala, xde la ngengada sgt pn..hehehe

Wednesday 2 November 2011

drama Yg KuTonton

ohoooo..skunk nieyh aku tgh addicted ngan drama bersiri cter Soffiya (pukul 7.00p.m-8.00p.m) setiap Isnin hingga Khamis..dan lagi satu drama bersiri Cinta Elysa (pukul 9.00p.m-10.00p.m)..wahhh mmg best la..klo xsmpt tgk aku akan tgk ulangannya dekat TONTON.COM..hahaha..semangat tue..so, aku xkn ketinggalan la cter nieyh




skunk Soffiya dh episod 24...xsabar nk tunggu mnggu depan..kadang2 cter nieyh agak bosan tgk..asik2 gaduh2, pas tue larikan diri...yg Soffi plak suka sgt berahsia..aduhai..makin lama cter tue makin slow..bosan pn ada gak..xtau la ending dia cane, rsa2nya Soffi tue ngan sapa la kan?? ngan Kamal or Ilyass..ataupn Muizz, kekasih time skolah dlu..hahaha..klo nk tau kesudahannya kna la tgk smpai habis..rasanya cter nieyh pn dh xlama tue..



nieyh cter yg digilai ramai skunk nieyh..bila tiba ri slasa, masing2 dh xsaba nk tgk cter Cinta Elysa..termasuk la aku..hubby pn layan gak tau..sbb dia suka gaya botak(nama dlm Juvana) berlakon..hehehe..skunk nieyh cter penuh ngan emosi, dengan ragam pakwe mak Elysa, ngan mak Elysa lagi..yg paling syiok ragam Aril & Elysa la..hehehe...smalam (01/11/11) Elysa&Aril slamat diijab kabul..wahhhh syiok je aku tgk..tpi bersambung plak..aduhai...
dlm tgh aku layan feel, senyum sorang2, emosi xtentu pasal, aku kna tegur ngan hubby plak..alahai, ganggu btol..hehehe..
ok, cter nieyh akanku tgk smpai habis episod..xsaba nk tau kesudahannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh gold ukay bistari
Designed by UMIESUEstudio 2016