Showing posts with label Good to Share. Show all posts
Showing posts with label Good to Share. Show all posts

Friday, 9 September 2016

RESTOCK RESTOCK RESTOCK

Diantara perkara paling menyeronokkan diri ini apabila kerja kita asyik 

RESTOCK

RESTOCK

DAN 

RESTOCK


seronok tau sebenarnya, apabila stock di tangan, ini akan membuatkan kita sentiasa ada jalan untuk menyebarkan manfaat dan kebaikannya










saya juga membantu rakan-rakan yang sedang mencari side income atau duit poket sebagai wang belanja harian..mana tahu, rezeki anda, duit gaji tak usik langsung hanya menggunakan duit untung runcit dalam jualan Qaseh Gold sahaja

BERMINAT???

WA - 0126376154
 
hasil nukilan : Nur Baizurah Azman (Residensi Bistaria)

5 KOMPONEN KESIHATAN

5 kompenan Kesihatan
_______________________

Mesti ada yang blur, kenapa kena jaga 5 kompenan kesihatan ini sebaik mungkin. Sebabnya ia saling berkait rapat.

Kenapa saya ckp macam tue?

Bayangkan jika anda DEMAM?

Apa yang bakal menganggu anda?

Orang demam ni sebab ;



1. SISTEM IMUN dia LEMAH. Penyakit mudah menyerang. 
2. Bila Demam, kita pasti tidak BerTENAGA untuk membuat kerja.
3. Masa itu, MINDA kita tidak dapat contribute apa-apa dalam menyiapkan tugasan 
4. dan EMOSI kita tentu tidak stabil disebabkan kesakitan yang dialami.
5. Paling teruk, SISTEM TUBUH turut terjejas disebabkan Demam.

Jadi apa pilihan anda? 

Menurut kajian kesihatan, hanya 5% Sahaja orang yang dikategorikan benar-benar Sihat. 70% dalam kalangan Mereka Pra Sakit, mereka tidak mengetahui mereka sakit dan selebihnya 25% yang benar-benar sakit.

Ikhtiar demi kesihatan kita. Our Recommendation adalah dengan mengamalkan makanan sunnah untuk membantu anda mengekalkan kesihatan 5 komponen yg disebutkan.

Tunggu apa lagi? 

Jom berQaseh. Belum terlambat ya. 

Info lanjut di WA 💬 0126376154


Tuesday, 9 August 2016

GASTRIK VS QASEH GOLD

Sekadar perkongsian..

Saya baru perasan, yang saya ada masalah gastrik selepas kahwin..sekali kena, smpai xboleh nak bangun la..warded terus..selepas cek, rupanya tmpt simpan gas / asid tue renggang..jadi, jika xjaga elok2 gas akan keluar dan saya akan alami masalah pedih perut yang melampau...dr kata, xde teruk sangat jadi tak perlu operate..

Masalah gastrik memang sangat2 mengganggu life saya, terutama ketika mengandung..brapa kali saya ke klinik di sebabkan sakit..pernah sekali smpai sakit rasa macam dh nk bersalin..en.suami dah nervous..

Makin besar kandungan, makin sensitif perut saya..tak boleh silap langsung..akan merana la pada malam tue..hari-hari mesej en.suami..ngadu pedih perut la, pedih tekak la, sakit itu sakit ini la..

Masalah itu terjadi masa mengandung anak pertama, kedua dan ketiga..selepas lahirkan anak ketiga, xde rezeki nak jaga baby, di sebabkan kompilasi yang berlaku sepanjang mengandung, anak saya meninggal ketika lahir..

Selepas itu, baru la saya ikhtiar & konsisten dengan QASEH ADINDA & SOLE..saya ikhtiar tue pun, sebab nak rawat betul2 dalaman saya, xnak kejadian yang sama berulang ketika mengandung anak ke empat

Selama 2 tahun saya konsisten qaseh & sole, alhamdulillah masalah gastrik saya tiada lagi sepanjang kehamilan anak keempat...malah HB saya lebih dari 11..kalau tidak sayalah ratu HB rendah di kalangan adik beradik lain..

Saya nie pula memang jenis xreti nak amalkan supplement..tetapi, selepas kejadian yang berlaku, terus saya amalkan supplement dan saya pilih qaseh gold sebagai supplement utama..bagi saya, ia amat mudah untuk di amalkan..sebabnya dengan 3 sudu, saya dah amalkan lebih dri 7 makanan sunnah yang banyak sangat manfaatnya..

Kadang-kadang kita rasa, kita hebat xperlukan supplement dalam harian, tapi bila dah sakit, baru kita rasa nikmatnya sihat & kelam kabut cari supplement yang terbaik untuk diri..

Makanya kena lah cegah sebelum merawat




Wednesday, 27 July 2016

Bekalan Qaseh Gold Junior


SETIAP IBU seharusnya siap sedia Qaseh Gold Junior dalam peti ais di rumah SEBAB:

Bila anak terkena selesema,batuk dan kahak terus bagi. Ia mengandungi madu dan habbatus sauda' sebagai penawar semulajadi penyakit ini dan membantu melegakan pernafasan. Kebiasaan hingus hilang dalam tempoh 24 jam tanpa perlu ubat doktor.

Bila anak lemah dan tiada selera makan, mudah mengantuk ketika belajar b...erikan Qaseh Junior yang kaya kurma, mengandungi badam, bayam dan kismis yang sangat bagus untuk kecerdasan otak, menguatkan dan mencergaskan tubuh serta menambah selera anak.

Bila anak tidak suka makan sayur dan buah serta kerap SEMBELIT berikan Qaseh Junior yang mengandungi 15 ramuan dengan 8 di antaranya adalah makanan sunnah agar si anak mendapat khasiat nutrisi bagi melengkapkan dietnya serta membantu penghadamannya supaya lawas. Ia kaya pre biotik dari gam arab dan kaya kurma sebagai pembekal serat untuk kesihatan dan kelawasan usus.

Bila anak tidak membesar sejajar usianya berikan Qaseh Junior sebagai supplemen hariannya bagi membantu tumbesaran dan kesihatan tubuhnya. Ia membekalkan sejumlah nutrient, vitamin dan zat untuk kesihatan tubuh si anak.




Qaseh Gold Junior tidak wajar ditolak dengan kebaikan makanan sunnah di dalamnya. Sedangkan orang Yahudi mengamalkan makanan sunnah dalam diet seharian untuk kekal sihat dan cerdik, mengapa tidak kita, umat Nabi Muhammad SAW sendiri? Hidupkan sunnahnya di rumah kita, raih keberkatan darinya. Mudah2an anak bukan sahaja sihat fizikal, cerdas mental tapi juga soleh solehah!
Jom kenali MYCOPLASMA

Antara punca demam selesema berpanjangan ialah jangkitan disebabkan oleh bakteria yang dipanggil mycoplasma. Mycoplasma adalah bakteria yang biasanya menjangkiti saluran pernafasan manusia. Ia merebak melalui titisan udara dari pesakit yang mengalami jangkitan ini.
Ia juga senang merebak terutama di kawasan yang ada ramai manusia pada satu masa seperti pusat jagaan dan kolej. Bakteria ini hanya menunjukkan simptom selepas seminggu hingga empat minggu ber...ada dalam badan pesakit.

Ia biasanya bermula dengan demam, selesema, sakit badan, sakit sendi, sakit kepala dan juga batuk. Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini akan berakhir dalam tiga hingga lima hari saja.
Namun bagi pesakit, terutama kanak-kanak dan warga emas, kuman ini merebak dengan cepat, menyebabkan demam berpanjangan. Pesakit mula mengalami batuk berkahak, nafas berbunyi dan ada kalanya sesak nafas.

Sesak nafas berlaku disebabkan oleh jangkitan yang merebak dari rongga atas pernafasan ke bahagian paru-paru pesakit. Ia menyebabkan jangkitan atau radang paru-paru yang dipanggil pneumonia.
Hampir 40 peratus daripada pesakit yang dijangkiti mycoplasma cenderung untuk mendapat jangkitan paru-paru. Tanda jangkitan ialah demam yang menjadi terlalu panas dan batuk berkahak. Bagi kanak-kanak, mereka mula hilang selera makan dan ada kalanya muntah.
Dalam kebanyakan jangkitan, pesakit boleh dirawat sebagai pesakit luar di mana ubat dan juga antibiotik yang sesuai diberikan kepada pesakit untuk membunuh mycoplasma. Jika antibiotik tidak sesuai diberikan, jangkitan merebak dan akhirnya terjadi pneumonia (radang paru-paru).
Jika suhu badan semakin sukar dikawal pula, pesakit perlu dimasukkan ke hospital, di mana cecair intravena akan diberikan selain ubat suntikan yang sesuai untuk mengawal jangkitan dan merawat pneumonia.

Pemeriksaan di klinik dapat menentukan sama ada seseorang pesakit itu menghidap jangkitan paru-paru atau tidak. Ujian darah pula boleh menentukan kadar jangkitan dan ujian darah khas untuk mengesahkan sama ada pesakit berkenaan mempunyai jangkitan mycoplasma atau tidak.
Ujian ini boleh dilakukan di hospital. Pemeriksaan sinaran x paru-paru dapat bantu mengesahkan jangkitan itu. Kes kematian untuk jangkitan mycoplasma ini sangat sedikit.
Namun, penting untuk mengawal jangkitan dan suhu badan pesakit, terutama kanak-kanak, bagi mengelak komplikasi akibat suhu badan yang tinggi seperti sawan demam.
Ia penting supaya pesakit dibawa ke hospital jika demam dan batuk berpanjangan walaupun setelah diberikan antibiotik oleh klinik. Buat masa ini, masih tidak ada vaksin untuk jangkitan mycoplasma.



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Feb 2015 @ 5.00 a.m mymetro

Tuesday, 1 October 2013

4 Teknik Agar Kita Bercakap dan Anak Mendengar Arahan


Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.
Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.

1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak

Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.

2) Elakkan salah faham 
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.
Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.

3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.

4) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi.
Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.
Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.

Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba.
Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.




Tuesday, 25 June 2013

KATA-KATA PENUH BERMAKNA DARI UST. HASSAN DIN AL-HAFIZ




anak di dalam perut ibu dia akan mengikut perangai ibunya.
jika ibunya penyayang & pemurah, in sha Allah dia akan lahir sebagai anak yang penyayang & pemurah.
tetapi setelah anak semakin membesar, dia akan mula mengikut sikap bapanya.
dia akan ikut sikit demi sedikit perlakuan bapanya.
jika bapanya baik, in sha Allah begitulah perangai anaknya nanti.
jika bapanya panas baran, kemungkinan begitu ia sikap anaknya bila besar.
jika anak degil, jangan dimarahi dia.
cuba semak dulu apa kelemahan/sikap tidak elok yg kita telah tunjukkan pada dia.
dia hanya manusia kecil, yang belum mengenali apa-apa.


*Ustaz Hassan Din Al - Hafiz*

TIPS UNTUK KEBAHAGIAAN ANAK




Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu

Friday, 21 June 2013

CARA MEMBINA KEHARMONIAN RUMAHTANGGA



1.Saling Memberi Hadiah : Bukan mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi RASA KASIH sayang andalah yang harus melebihi NILAInya.

2.Mengkhususkan Waktu Untuk Bersama :Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk bersama. Jangan terlalu sibuk melakukan pelbagai pekerjaan atau aktiviti sehingga melupakan pasangan anda.

3.Selalu Menampakkan Wajah Yang Ceria: Di antara cara untuk mempererat cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, suasana bahagia dan ceria akan timbul dalam hubungan.

4.Memberikan Penghormatan Dengan Hangat Kepada Pasangannya, Baik Ketika Hendak Pergi Keluar Rumah Ataupun Ketika Pulang: Penghormatan itu hendaklah dilakukan dengan mesra. Ternyata mencium isteri dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan ataupun kekakuan antara suami isteri.

5.Hendaklah Memuji Pasangannya : Pujian harus dilakukan dalam hubungan suami isteri untuk memberikan motivasi kepada pasangan masing-masing. Pujian itu diungkapkan dengan jujur dan tulus, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.

6.Bersama-Sama Melakukan Tugas Dan Tanggungjawab : Di antara kesalahan sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas di rumah. Mereka beranggap bahawa jika melakukan tugas di rumah, kewibawaan mereka sebagai seorang isteri semakin menurun. Pendapat ni ternyata tidak benar.

7.Perlu Adanya Keterbukaan : Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara masalah yang sering timbul di dalam keluarga ialah suami dan isteri masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan masalah kepada pasangannya. Luahkan kepada pasangan, jadikan pasangan tempat untuk mengadu dan bermesra.

Tuesday, 14 May 2013

Welcome Rejab

Assalamualaikum...

SELAMAT DATANG REJAB..

Hadis  Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bermaksud :

"Rejab adalah bulan Allah S.W.T , Syaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku".


Dari hadis tersebut dan juga banyak lagi hadis baginda menunjukkan bahawa ketiga tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Ilam mengerjakan berbagai bagai amal ibadah, yang diberi sebebsar besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.
Menurut  maksud sebuah hadis Rasullullah S.A.W, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab maka Allah S.W.T menyeru kepadanya:-

 "Telah wajib hakmu ke atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi Ketinggian dan KebesaranKu, tidak akan ku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku. Engkau mulia disisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada Hijab di antara Aku dan engkau".
 
 
 
Solat Solat Sunat dan Fadhilatnya


Ibadat puasa sunat pada bulan Rejab yang tersebut di atas akan bertambah lipat-ganda ganjaran pahalanya jika dikerjakan pula solat solat sunat pada malam dan siangnya. Solat-solat sunat ini termasuklah solat sunat bulan Rejab dan solat-solat sunat termasuklah solat sunat bulan Rejab dan solat solat sunat lain seperti Tahajjud, Tasbih, Hajat, Israq, Dhuha, Taubat dan lain lain.


Solat Sunat Rejab



Lakukan pada malam hari diikuti ibadat puasa hari esoknya seberapa banyak yang mampu (lakukan tiap tiap dua rakaat satu malam) dan lafaz niatnya :

" Aku solat sunat Rejab dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


Menurut sebuah Hadis Rasulullah SAW daripada Salman r.a. , Mereka yang mendirikan solat sunat Rejab 30 rakaat dalam bulan Rejab, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosanya yang lalu dan diberi ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun.
 
 
 
MOGA AKU DIBERI KEKUATAN UNTUK MEMBUAT PUASA SUNAT SERTA PUASA GANTI, SBBNYA, KANDUNGANKU DH 7 BULAN, AKU TAKUT XLARAT JE..HUHUHU
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN & NIATKU...
 

Friday, 5 April 2013

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI


[TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI] ~Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.

PERANAN BAPA:


1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.






PERANAN IBU
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 13 December 2011

3 ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN HURAIAN AL-GHAZALI




Terima-kasih buat suami soleh yang membuatkan hati isterinya tenang. Terima-kasih jua buat isteri solehah yang membuatkan hati suaminya tenang. Hiduplah bahagia dalam ketenangan.


Imam Syeikh al-Ghazali mengatakan bahawa struktur asas bagi pembinaan rumah tangga bahagia ada tiga. Katanya: “Sesebuah rumah hendaklah dibina di atas tiga struktur asas, iaitu: ‘al-sakinah’ (ketenangan), ‘al-mawaddah’ (kemesraan) dan ‘al-tarahum’ (timbang rasa).”

Struktur yang digariskan oleh Imam Syeikh al-Ghazali ini berdasarkan Surah ar-Rum, ayat 21." Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa Dia jadikan kamu pasangan hidup agar kamu mendapat sakinah (ketenangan/ kebahagiaan)bersamanya.Dan Allah menjadikan antara kamu berdua mawaddah (kasih-sayang, kemesraan) dan rahmah (belas kasihan/ timbang rasa)."

Asas pertama: Ketenangan.
Hendaklah suami isteri tenang dan berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Isteri mempunyai hak untuk tidak diduakan oleh suaminya (tanpa apa-apa darurat yang mendesak).


Asas kedua: Kasih sayang/ Kemesraan.
Berkongsi suka dan duka secara bersama.


Asas ketiga: Belas kasihan/ Timbang rasa
Berakhlak mulia serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh.


Sesebuah rumah tangga yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, bahkan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup dan ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan.


Hubungan antara suami isteri adalah dibuat melalui suatu ‘kontrak’ atau ikatan yang membabitkan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab secara timbal balas. Setiap tanggung jawab yang disempurnakan, sepatutnya dibayar dengan hak yang dinikmati. Dengan kata lain, suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak mengambil dan memberi. Tiada hak yang diambil dengan percuma tanpa tanggungjawab yang diberi.

INSYA'ALLAH, SETIAP PASANGAN INGINKN KEBAHAGIAAN DALAM RUMAHTANGGANYA...DAN JUGA AKU, SENTIASA BERDOA SUPAYA RUMAHTANGGA SENTIASA BAHAGIA MELALUI AJARAN ISLAM..

Monday, 12 December 2011

MENDIDIK ANAK DALAM KANDUNGAN




Seorang perempuan telah dianugerahi oleh Allah SWT untuk menyandang gelar sebagai seorang ibu, tatkala statusnya telah menjadi seorang istri, maka iapun harus menyiapkan mental agar mampu menjadi seorang ibu yg baik, mampu merawat dan menjaga anak-anaknya sebagai amanah dari Allah SWT.

Menjaga anak-anak sebagai amanah dari Allah tidak dilakukan setelah ibu melahirkan, tapi ketika si ibu dalam proses pembuahan, sudah dimulai proses pendidikan yaitu dengan cara berdo’a terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan suami istri. Sehingga setelah dinyatakan hamil, proses pendidikan dalam kandungan untuk janin yg ada di dalam rahim akan segera dimulai, para ibu perlulah mempelajari hal-hal yg dianjurkan bagi ibu hamil untuk melakukan proses pendidikan dalam kandungan, bila proses pendidikan dilakukan ketika bayi telah lahir atau ketika ia sudah mulai berbicara.

Menurut penelitian ilmiah terbaru, anak-anak dapat dididik sejak masih dalam kandungan, kerana selama dalam kandungan, otak dan indra pendengaran anak sudah mulai berkembang, mereka dapat merasakan apa yang terjadi di luar kehidupan mereka, sementara yang mempengaruhi otak dan indera pendengaran bayi di dalam kandungan antara lain emosi dan kejiwaan ibu, rangsangan suara yang terjadi di sekitar ibu, juga nutrisi yang ibu konsumsi, harus dijaga agar selama hamil, tidak stress, kerana stress dapat berpengaruh terhadap bayi yang sedang dikandung. Ibu hamil yang stress dapat melahirkan bayi yang bermasalah, juga gizi yang tidak sehat akan dapat mempengaruhi otak janin, hal tersebut dapat terlihat setelah dilahirkan, atau ketika ia menbesar

Setiap ibu pasti menginginkan bayinya lahir dengan selamat, tumbuh dengan sehat dan cerdas, maka untuk mendapatkan hal itu, seorang ibu boleh memulainya dengan mendidik bayi dalam kandungan.

Pada dasarnya pendidikan dalam kandungan bererti mendidik ibu yang sedang mengandung bayinya yang secara garis lurus akan tertuju pada bayi yang sedang di kandung. Berikut ini beberapa point pendidikan dalam kandungan yang dapat dijalani semua ibu yang sedang mengandung maupun yang belum. diantaranya:

1. Berpikir positif dan melawan emosi diri sendiri, berusaha menjaga keharmonian dengan pasangan dan berusaha menghindari konflik dengan pasangan, dengan demikian Insya Allah akan melahirkan bayi-bayi yang kuat. Sebaliknya bila ibu berpikir negatif dan tidak berusaha menghindari konflik, maka akan lahir bayi-bayi yang lemah dan akan berpengaruh pada emosi kejiwaan mereka.

2. Stimulasi kandungan dengan elusan dan tepukan halus, boleh dilakukan ketika si janin mulai menendang perut ibu, balaslah dengan tepukan halus dimana ia menendang. hal ini akan mengajarkan kepadanya bahwa setiap tindakannya akan mendapat respon dari ibunya.

3. Selalu mengajak bayi ibu berbicara, semakin ibu komunikatif, semakin cepat bayi belajar untuk mengerti setiap kata yang ibu sampaikan, kerana di dalam perut ibu, indera pendengaran bayi sudah mulai berfungsi.

4. Perbanyakkan ibadah, ini merupakan hal terpenting dalam kehidupan kita, apalagi bila ibu sedang mengandung, ada kehidupan lain di dalam perut ibu, hanya Allah yang mampu memberikan itu semua, perbanyaklah ibadah, sering-seringlah mengaji, baik untuk ketenangan bayi yang ada dalam kandungan ibu atau untuk ketenangan ibunya sendiri. Alunan suara ibu yang sedang mengaji, akan membuat bayi tenang juga menstimulasi otak dan pendengarannya.

5. Ibu yang sedang mengandung,dianjurkan mengkonsumsi makanan yang halal, bergizi, berprotein tinggi,dianjurkan pula untuk menghindari makanan yang haram, makanan junk food(makanan sampah), makanan instant, minuman berkafein seperti kopi, danjuga rokok (baik aktif maupun pasif) Cobalah bicarakan dengan pasangan ibu yang perokok, katakan bahwa ini semua demi bayi yang akan lahir agar menjadi anak yang sehat, kerana semua orang tua mengimpikan bayi yang lahir sehat dan sempurna

6. Mencari pasangan yang tepat, bagi perempuan yang belum menikah, bukan bererti tidak memikirkan hal ini (pendidikan dalam kandungan), karana mencari pasangan yang tepat untuk hidup anda kelak, merupakan tolak ukur dalam pendidikan terhadap anak anda nantinya, pasangan yang tepat akan sangat membantu anda dalam melakukan proses pendidikan sejak anda mengandungkan buah hati tercinta.

Pendidikan dalam kandungan dapat juga dikatatakan pendidikan pra-lahir, “sebelum dilahirkan”, adalah suatu hal yang biasa terjadi bahwa dalam perkembangan janin banyak sel otak yang mati, stimulasi pra-lahir memberi otak suatu kesempatan untuk memanfaatkan sel-selnya sebelum kelahiran, ertinya memberi bayi kapasiti otak total yang lebih besar dan suatu langkah maju yang nyata dalam kehidupan.

Stimulasi pra-lahir dapat mempengaruhi pertumbuhan mental bayi yang akan dilahirkan. Berikut hal-hal yang di dapat oleh bayi yang mendapatkan stimulasi pra-lahir:

1. nampaknya ada suatu masa kritis dalam perkembangan bayi yang dimulai pada usia sekitar 5 bulan sebelum dilahirkan dan berlanjut hingga usia 2 tahun ketika stimulasi otak dan latihan-latihan intelektual dapat meningkatkan kemampuan mental bayi.

2. Stimulasi pra-lahir dapat membantu mengembangkan orientasi dan efektif bayi dalam mengatasi dunia luar setelah ia dilahirkan.

3. Bayi-bayi yang mendapatkan stimulasi pralahir lebih mampu mengawasi gerakan-gerakan mereka dan lebih sedia untuk menjelajahi juga mempelajari lingkungan setelah mereka dilahirkan.

4. Ibubapa yang telah berpartisipasi dalam program pendidikan pra-lahir menggambarkan anak mereka lebih tenang, waspada, dan bahagia.

Bayi-bayi yang selama dalam kandungan selalu mendapat perhatian, selalu diajak berbicara, biasanya lebih penuh perhatian (terutama terhadap suara ibu atau orang tua mereka) dan lebih termotivasi untuk belajar. Proses belajar pada bayi apalagi janin memang tidak sama dengan belajar, seperti halnya belajar formal, tapi belajar yang dialami janin merupakan proses belajar dari yang sesungguhnya, yang terkadang terlupakan atau tak terberikan. Semoga semua ibu sedar bahwa proses pembelajaran bagi seorang manusia adalah saat ia berada dalam kandungan.

Khaulah Binti Tsa'labah

Khaulah Binti Tsa’labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh)


Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang mana beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang… disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak lelaki yang bernama Rabi`.


Pada suatu hari, Khaulah binti Tsa`labah melihat suaminya Aus bin Shamit di dalam keadaan bermasalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah menyebutkan perkataan tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan ingin melakukan hubungan seksual bersama isterinya, Khaulah. Akan tetapi, oleh kerana kesedaran hati dan kehalusan perasaan, maka Khaulah menolak untuk bersama suaminya sehingga hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi di dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku kerana engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”


Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa di antara dirinya dan suaminya. Khaulah berkeinginan untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”


Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang akan menimpa dirinya dan anaknya jika dia wajib bercerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.


Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Kedua matanya asyik menitiskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tidak akan rugi sesiapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.


Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah seperti Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah (meminta pertolongan) dan mengadu tidak ditujukan melainkan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat daripada Rasulullah saw.

Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pengsan sebagaimana kebiasaannya beliau akan pengsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sedar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang dirimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (ertinya),



1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

2. Orang-orang Yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang Yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan Yang melahirkan mereka. dan Sesungguhnya mereka (dengan melakukan Yang demikian) memperkatakan suatu perkara Yang mungkar dan dusta. dan (ingatlah), Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


3. Dan orang-orang Yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa Yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum Yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara Yang mungkar itu). dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu lakukan.

4. Kemudian, sesiapa Yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa Yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang Yang kafir disediakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadalah:1-4)

Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan)Zhihar:


Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang hamba.


Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang hamba yang boleh dia bebaskan.


Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk puasa dua bulan berturut-turut


Khaulah : Demi Allah dia adalah lelaki yang tidak mampu melakukan puasa.


Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin


Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.


Nabi : Aku bantu dengan separuhnya


Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah.


Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pakcikmu itu secara baik.” Maka Khaulah pun melaksanakannya.

Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandungi banyak pelajaran di dalamnya dan menunjukkan ketinggian wanita beriman dan keberanian mereka bagi mendapatkan hak mereka.


Ummul Mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan soalan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza Wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad)…” (Al-Mujadalah: 1)

Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan nasihat kepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar! aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan seksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia akan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.


Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khatthab tidak tahan lalu berkata kepada Khaulah, “Engkau telah bercakap banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya.”


Dalam riwayat lain Umar bin Khatthab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepadaku sehingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah masuk waktu shalat, maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”

SOLAT SUNAT DHUHA




KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.



Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Friday, 18 November 2011

Adab Isteri Dirumah

artikel nieyh aku baca dri satu blog, amat menarik, dh terus aku copy, sbb boleyh dijadikan panduan...walaupun aku bru kahwin, tpi mesti ada yg terMISS 1/2 perkara nieyh..wahai suami ku, jika ada yg xsempurna tue minta maaf la ye..bukan apa, kadang2 terlupa dan kadang2 tue terlalu ikutkan emosi..huhuhu...harap apa yg saya buat tue redha kan ye..


23 panduan dan tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah :

1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.

2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.

4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.

5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking

7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.

8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.

9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T

10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.

11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.

12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.

13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”

14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.

15. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja

17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.

19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.

20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.

21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??

22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan

23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.

walaupn kadang2 terlepas pandang, minta maaf ye wahai suamiku...akanku cuba perbaiki jika ada kelemahan...Luv U Sayang

sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);

“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”

Wednesday, 16 November 2011

Siapa Mu'az Bin Jabal??

Kelahiran dan kehidupan beliau:
- Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah.
- Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah.
- Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.


Berbaiah dengan Nabi:
- Muaz r.a termasuk di dalam rombongan yang berjumlah seramai 72 orang Madinah yang datang berbaiah dengan Nabi s.a.w.
- Sebaik sahaja selesai berbaiah, Muaz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat Madinah. Beliau berjaya mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti: Amru bin Al-Jamuh.

Sifat terpuji beliau:
- Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-syariat Allah.
- Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda: Yang bermaksud: Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.
- Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.
- Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah s.w.t.
- Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda.
- Setelah Muaz r.a kembali ke Madinah, beliau mendapati Rasulullah s.a.w telah meninggal dunia. Peristiwa tersebut tidak dapat ditanggung oleh Muaz menyebabkan beliau menangis tersedu-sedu di atas kehilangan Rasulullah s.a.w.
- Setelah Umar bin Al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah, beliau mengutuskan Muaz untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan Bani Kilab.

Keberangkatan Muaz ke Syam untuk mengajar Al-Quran:
- Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a juga berlaku peristiwa di mana gabenor Syam telah menghantar Yazid bin Abi Sufian meminta daripada Umar r.a supaya menghantar seorang tenaga pengajar kepada penduduk Syam. Lalu Umar memanggil Muaz bin Jabal, Ubadah bin As-Somit, Abu Ayub Al-Ansariy, Ubai bin Kaab dan Abu Darda' dalam satu majlis. Khalifah Umar berkata kepada mereka: "Sesungguhnya saudara kamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar sesiapa sahaja yang boleh mengajar Al-Quran kepada mereka dan memberikan kefahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh yang demikian bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu bolehlah membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu".
- Lalu mereka menjawab: "Kami tidak akan membuat pengundian memandangkan Abu Ayub telah terlalu tua manakala Ubai pula sentiasa mengalami kesakitan dan yang tinggal hanya kami bertiga sahaja". Kemudian Umar berkata kepada mereka: "Kamu mulakanlah tugas kamu di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang daripada kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu pula hendaklah pergi ke Damsyik dan seorang lagi pergi ke Palestin". Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubadah bin As-Somit di sana, Abu Darda' pergi ke Damsyik manakala Muaz bin Jabal pula terus berlalu pergi ke Palestin.

Kematian beliau:
Muaz bin Jabal berada di Palestin sehinggalah beliau diserang wabak. Ketika hampir mati beliau berkata: "Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.

Friday, 21 October 2011

Doa dan Amalan Semasa Hamil

Surah Fatihah - Untuk menerangkan hati & menguatkan daya ingatan
Surah Maryam - Memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar dan taat
Surah Luqman - Mempelroleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
Surah Yusuf - Memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlak
Surah Hujurat - Memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin - Ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah Taubah - Membersihkan jiwa & terpelihara dari dosa
Surah An-nahl - Melahirkan anak yang berdisiplin

Sunday, 16 January 2011


SUATU KISAH UNTUK DIKONGSI BERSAMA...
PENYERAHAN AMANAH YANG
BEGITU BERHARGA DALAM HIDUP KEPADA SESEORANG
YANG DIPERCAYAI AKAN MEMBAHAGIAKANNYA....
DISAAT ITULAH
LAFAZ SAKINAH BERMULA....

Friday, 14 January 2011

LeLAKi Ini

saja2 simpan wat koleksi...tapiiiiii... adakah btol???? teeettttt..hehehe

Lelaki idaman
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Pendengar yg baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka wat surprise

Apa yg saya ignkn pada lelaki-32Thn
1. Nice looking
2. Membuka pntu kereta, memegang kerusi
3. Apakah cukup wang utk mkan malam yg mnyenangkn
4. Mendengar lebih dri perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang2nya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak maknan
9. Mengingati ulangtahun perkahwinan dan smestinya hari lahir saya

Apa yg saya inginkan pada lelaki-42Thn
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yg stabil
3. Mengangguk ketika aku berbicara
4. Apakah dlm keadaan cukup baik untuk mnyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja kyg menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

hahaha....mampukah??? urmmm xpnh terlintas pn, dan blom penah pk pn psl nieyh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh gold ukay bistari
Designed by UMIESUEstudio 2016