Wednesday 27 July 2016

Bekalan Qaseh Gold Junior


SETIAP IBU seharusnya siap sedia Qaseh Gold Junior dalam peti ais di rumah SEBAB:

Bila anak terkena selesema,batuk dan kahak terus bagi. Ia mengandungi madu dan habbatus sauda' sebagai penawar semulajadi penyakit ini dan membantu melegakan pernafasan. Kebiasaan hingus hilang dalam tempoh 24 jam tanpa perlu ubat doktor.

Bila anak lemah dan tiada selera makan, mudah mengantuk ketika belajar b...erikan Qaseh Junior yang kaya kurma, mengandungi badam, bayam dan kismis yang sangat bagus untuk kecerdasan otak, menguatkan dan mencergaskan tubuh serta menambah selera anak.

Bila anak tidak suka makan sayur dan buah serta kerap SEMBELIT berikan Qaseh Junior yang mengandungi 15 ramuan dengan 8 di antaranya adalah makanan sunnah agar si anak mendapat khasiat nutrisi bagi melengkapkan dietnya serta membantu penghadamannya supaya lawas. Ia kaya pre biotik dari gam arab dan kaya kurma sebagai pembekal serat untuk kesihatan dan kelawasan usus.

Bila anak tidak membesar sejajar usianya berikan Qaseh Junior sebagai supplemen hariannya bagi membantu tumbesaran dan kesihatan tubuhnya. Ia membekalkan sejumlah nutrient, vitamin dan zat untuk kesihatan tubuh si anak.




Qaseh Gold Junior tidak wajar ditolak dengan kebaikan makanan sunnah di dalamnya. Sedangkan orang Yahudi mengamalkan makanan sunnah dalam diet seharian untuk kekal sihat dan cerdik, mengapa tidak kita, umat Nabi Muhammad SAW sendiri? Hidupkan sunnahnya di rumah kita, raih keberkatan darinya. Mudah2an anak bukan sahaja sihat fizikal, cerdas mental tapi juga soleh solehah!

KELEBIHAN QASEH GOLD JUNIOR

Anak-anak kerap batuk..

Pilihan saya, tingkatkan pengambilan qaseh junior kepada mereka..
Mereka akan muntah berkahak..teruskan dengan pengambilan qaseh junior..insya'allah akan sembuh..
...
😍😍😘😘


Ikhtiar yang terbaik, ALLAH jua maha penyembuh


Tips Tambah Selera Makan Anak


3 TIPS TAMBAH NAFSU MAKAN ANAK

1. Makanan bergizi dan bernutrisi dapat merangsang nafsu makan pada anak-anak kerana mengandungi vitamin dan mineral. Buah-buahan memiliki jumlah vitamin yang tinggi misalnya vitamin A, C dan Serat

2. Sediakan makanan menarik. Ia memerlukan kreativiti ibu untuk menghasilkan makanan yang unik dan cantik bagi menarik perhatian si manja...

3. Pelbagaikan cara memasak dengan mencampurkan aneka bahan masakan yang menyedapkan rasa masakan tersebut

- QASEH JUNIOR kaya dengan vitamin & mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anak-anak -


ANAK DARA ADMIT HOSPITAL


Ramai tertanya-tanya adik humairah kenapa...

22/7/2016, 12.00 a.m

adik humairah kena jangkitan MYCOPLASMA..ada sesiapa pernah dengar x, sebelum nie?

Isnin lepas, adik humairah start batuk-batuk tidak pasti adik batuk sebab dikelilingi orang ramai masa bawa keluar jalan-jalan / makan ais krim / kena hujan..

...

Tapi yang pasti abang&adik batuk..mummy start upkan pengambilan qaseh junior & ubat batuk..pada mulanya sudah reda sedikit..tapi, bila tidur malam, adik mesti batuk yang akan buat mummy risau, sebab mesti akan muntah..

2 malam adik tidur batuk sampai muntah..mujur abang tidak seteruk adik..khamis petang, dapat mesej dari cikgu, adik ngadu sakit kaki..menangis2..tapi mummy beritahu, adik kalau batuk berpanjangan akan efek kaki..sebab dr. Pernah gtau, infection disebabkan batuk berpanjangan..
Terus mesej walid & walid amik mummy dulu baru amik anak-anak di tadika..sampai tadika, adik duduk je dekat kerusi, cikgu kata adik xboleh jalan, walid dukung masuk kereta, bila tnya adik kenapa? Adik gtau dia jatuh..bila tnya abang pun, abang kata yg sama..adik jatuh..

Sampai rumah, adik nangis2 ngadu sakit kaki..bila sapu minyak pun, nangis ngadu sakit juga..kaki xboleh bengkok..

Lepas maghrib terus bawa hospital..sampai hospital, dr kata ada demam atau batuk ke? Bila gtau batuk sejak isnin, terus dr cakap,infection nie, sebab lutut rsa panas..terus admit, buat xray & ambil darah..

Selepas masuk air, adik muntah begitu banyak..mngkin disebabkan infection..dr pakar datang cek & dr pakar sendi & tulang pun datang jenguk..dr sendi kta, nie infection dekat sendi..on antibiotic kalau esok kaki xboleh bengkok, ada kemungkinan kena tebuk, cuci nanah dalam tue

Keesokannya, adik kena cek jantung, result pernafasan adik normal..Alhamdulillah..Dr pakar kanak-kanak dapat kesan adik kna infection MYCOPLASMA, dr sendi pun datang, dr tengok adik dh boleh jalan, kaki dah boleh bengkok sikit, kurang bengkak & panas..

Alhamdulillah, tidak perlu operate hanya on antibiotic direct dekat tiub..& cair kan kahak..
Syukur alhamdulillah..

Cuma hari nie moody sikit..mngkin sebab kaki bengkak lagi..xdapat nak lasak..

Nanti saya kongsikan apa itu JANGKITAN MYCOPLASMA ye

Kadang-kadang kita dah jaga anak-anak sebaik mungkin tapi, keadaan sekeliling dengan udara yang tidak bagus, akan tempias juga penyakit pada kita..

Sakit itu penghapus dosa
Sakit juga mengajar kita erti sabar..


Jom kenali MYCOPLASMA

Antara punca demam selesema berpanjangan ialah jangkitan disebabkan oleh bakteria yang dipanggil mycoplasma. Mycoplasma adalah bakteria yang biasanya menjangkiti saluran pernafasan manusia. Ia merebak melalui titisan udara dari pesakit yang mengalami jangkitan ini.
Ia juga senang merebak terutama di kawasan yang ada ramai manusia pada satu masa seperti pusat jagaan dan kolej. Bakteria ini hanya menunjukkan simptom selepas seminggu hingga empat minggu ber...ada dalam badan pesakit.

Ia biasanya bermula dengan demam, selesema, sakit badan, sakit sendi, sakit kepala dan juga batuk. Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini akan berakhir dalam tiga hingga lima hari saja.
Namun bagi pesakit, terutama kanak-kanak dan warga emas, kuman ini merebak dengan cepat, menyebabkan demam berpanjangan. Pesakit mula mengalami batuk berkahak, nafas berbunyi dan ada kalanya sesak nafas.

Sesak nafas berlaku disebabkan oleh jangkitan yang merebak dari rongga atas pernafasan ke bahagian paru-paru pesakit. Ia menyebabkan jangkitan atau radang paru-paru yang dipanggil pneumonia.
Hampir 40 peratus daripada pesakit yang dijangkiti mycoplasma cenderung untuk mendapat jangkitan paru-paru. Tanda jangkitan ialah demam yang menjadi terlalu panas dan batuk berkahak. Bagi kanak-kanak, mereka mula hilang selera makan dan ada kalanya muntah.
Dalam kebanyakan jangkitan, pesakit boleh dirawat sebagai pesakit luar di mana ubat dan juga antibiotik yang sesuai diberikan kepada pesakit untuk membunuh mycoplasma. Jika antibiotik tidak sesuai diberikan, jangkitan merebak dan akhirnya terjadi pneumonia (radang paru-paru).
Jika suhu badan semakin sukar dikawal pula, pesakit perlu dimasukkan ke hospital, di mana cecair intravena akan diberikan selain ubat suntikan yang sesuai untuk mengawal jangkitan dan merawat pneumonia.

Pemeriksaan di klinik dapat menentukan sama ada seseorang pesakit itu menghidap jangkitan paru-paru atau tidak. Ujian darah pula boleh menentukan kadar jangkitan dan ujian darah khas untuk mengesahkan sama ada pesakit berkenaan mempunyai jangkitan mycoplasma atau tidak.
Ujian ini boleh dilakukan di hospital. Pemeriksaan sinaran x paru-paru dapat bantu mengesahkan jangkitan itu. Kes kematian untuk jangkitan mycoplasma ini sangat sedikit.
Namun, penting untuk mengawal jangkitan dan suhu badan pesakit, terutama kanak-kanak, bagi mengelak komplikasi akibat suhu badan yang tinggi seperti sawan demam.
Ia penting supaya pesakit dibawa ke hospital jika demam dan batuk berpanjangan walaupun setelah diberikan antibiotik oleh klinik. Buat masa ini, masih tidak ada vaksin untuk jangkitan mycoplasma.



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Feb 2015 @ 5.00 a.m mymetro
HADITH

Ibnu abbas r.a berkata:

" aku pernah di belakang Rasulullah s.a.w pada suatu hari dan beliau bersabda : wahai anak muda peliharalah (ajaran) Allah nescaya Dia akan memelihara engkau dan peliharalah (ajaran) Allah nescaya engkau akan mendapatkan-nya di hadapanmu. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah "

Riwayat Tirmidzi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh gold ukay bistari
Designed by UMIESUEstudio 2016