BAGAIMANA CARANYA MEMULAKAN LEKAPAN PERTAMA?
Setiap bayi
akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu untuk
memberitahu yang mereka bersedia untuk menyusu. Antaranya tidur yang
mula terganggu, bebola mata bergerak-gerak, menggeliat, menghisap jari
dan merengek. Menangis adalah signal terakhir yang ditunjukkan bayi.
Tangisan bayi semakin nyaring dan kuat apabila terlalu lapar.
Apabila bayi sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, mulakan lekapan seperti dalam gambarajah di atas.
1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu. (Important: Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan
puting ibu ke ruang antara hidung dan bibir bayi, acah-acah sehingga
bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap).
5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi.
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi.
7. Kedua-dua ibu dan bayi mestilah berada di dalam posisi yang selesa. Gunakan nursing pillow untuk membantu menyokong tangan ibu.
BAGAIMANA MENGENALPASTI JIKA LEKAPAN IBU ADALAH BETUL dan PENYUSUAN BERJAYA DILAKUKAN?
1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern "hisap telan, hisap telan".
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan.
POSISI MENYUSU YANG SESUAI DAN SELESA UNTUK IBU
Ada pelbagai
posisi yang ibu boleh cuba, yang penting posisi tersebut boleh
membuatkan ibu selesa semasa sesi menyusu dan tidak mengganggu lekapan
bayi ketika menyusu.
untuk mendapat tenaga yang berpanjangan sepanjang tempoh penyusuan, amalkan QASEH GOLD kerana QASEH GOLD dapat memberi tenaga segera kepada ibu menyusu juga dapat mengawal emosi ibu ketika menyusukan bayi
No comments:
Post a Comment