Seed to Seal
Apabila
bercakap tentang minyak pati kami, Young Living menetapkan standard
untuk ketulenan dan keaslian. Kami memantau dengan berhati-hati
pengeluaran minyak kami daripada mula hingga akhir melalui proses Seed
to Seal® kami yang unik, memastikan ketulenan setiap minyak pati dan
melindungi tenaga hidup semula jadi dalam setiap botol.
Selama lebih daripada dua dekad, kami menyelia dengan tekun setiap langkah proses ini, kedua-dua di ladang global kami dan ladang rakan niaga kami yang dipilih dengan teliti. Komitmen kepada kualiti yang tiada bandingan ini bermakna anda boleh yakin yang minyak pati dan produk seduhan minyak Young Living yang anda gunakan di rumah anda selamat dan berkesan.
Selama lebih daripada dua dekad, kami menyelia dengan tekun setiap langkah proses ini, kedua-dua di ladang global kami dan ladang rakan niaga kami yang dipilih dengan teliti. Komitmen kepada kualiti yang tiada bandingan ini bermakna anda boleh yakin yang minyak pati dan produk seduhan minyak Young Living yang anda gunakan di rumah anda selamat dan berkesan.
Benih
Minyak
pati yang berkuasa dan berkesan datang daripada benih dan tumbuhan yang
disahkan potensi minyak pati oleh pakar Young Living, usaha sama dengan
pakar universiti.
Biak
Ladang
Young Living, terletak di seluruh dunia, didedikasikan untuk mencapai
kaedah penanaman dan penuaian yang terbaik. Pakar kami juga berjalan ke
seluruh dunia mengunjungi ladang koperasi kami bagi mengesahkan yang
proses penanaman dan pembiakan mereka sepadan dengan standard tinggi
kami. Operasi ini menyediakan sumber berterusan bagi minyak pati yang
memenuhi standard kualiti Young Living yang ketat.
Suling
Menggabungkan
teknik purba dan moden, Young Living dikenali sebagai pencetus inovasi
dalam penyulingan minyak pati. Kami menggunakan teknik proprietari yang
lembut bagi mengekstrak secara wap minyak pati yang paling berkesan,
serta menggunakan penekanan sejuk dan kaedah penorehan resin bagi minyak
tertentu.
Ujian
Young
Living tidak pernah menerima minyak yang dicairkan atau tidak bersih.
Bagi menjamin kualiti yang konsisten, minyak kami diuji di makmal
dalaman Young Living sendiri, juga di fasiliti pihak ketiga, bagi
memastikan yang ia memenuhi spesifikasi yang ketat, melangkaui standard
antarabangsa, dan mengandungi tahap sebatian bioaktif semula jadi yang
optimum.
Kedap
Young
Living melengkapkan proses Seed to Seal dalam kilangnya seluas 107,000
kaki persegi di Spanish Fork, Utah. Menggunakan peralatan tercanggih,
setiap minyak pati dibotolkan dengan berhati-hati ke dalam botol kaca
ambar berperlindungan—sedia untuk dihantar kepada ahli di seluruh dunia.
Credit to : Young Living.com
No comments:
Post a Comment