Tuesday 2 June 2020

Selamat Hari Raya 2020

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami, raya di musim PKP, raya yang sangat sederhana. Tiada ziarah menziarahi, tiada kunjungan sanak saudara, hanya habiskan masa 1 hari untuk meraikan aidilfitri di kedua belah rumah. mujur rumah keluarga dekat. Boleh singgah keduanya




Tema kami pada tahun nie, warna pastel. hijau lumut kot warnanya. ceritanya, 2 bulan sebelum kami dah cari kain untuk di buat baju raya. kira paling awalla dari tahun sebelumnya. 3 jam kami dalam kedai kain untuk memenuhi citarasa en,suami. selesai membeli kain, terus ke butik jahitan. setel semua pembayaran, dan en,suami kita, tahun nie paling meriah dari segala segi



sebulan selepas itu, dapat pengumuman dari Perdana Menteri, perintah berkurung di rumah perlu bermula (Stay At Home) demi menjaga kesihatan diri dan demi memutuskan rantaian COVID 19. semua akur dengan saranan Perdana Menteri. Masing-masing tertanya2 kita beraya ke tidak nie. xterlepas juga kami.

Bila sampai masanya, mummy tanya en.suami, tailor kita xcall ke untuk fitting baju. katanya ada call, minta ambil baju dan try di rumah. kalau ada yang xkena boleh bawa semula di kedai untuk alter. setelah setel semuanya, makanya jadi lah kita beraya, dengan cara yang berbeza. seminggu sebelum raya Menteri ada umumkan raya tetap raya tapi perlu patuhi SOP yang di sediakan

jadi, kami beraya la mengikut SOP yang di sediakan, beraya hanya pada 1 hari raya, berkumpul tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah. aktiviti kami di pagi raya, jamah sedikit, solat sunat hari raya bersalaman dan keluar beraya di kedua rumah keluarga kami. petang kami balik rumah

esoknya, kami duduk di rumah saja, tiada aktiviti beraya di tempat lain. begitulah raya di musim PKPB / musim COVID19, ini semua akan menjadi suatu kenangan dan boleh di cerita semula kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak

akhir kata, selamat hari raya maaf zahir batin

STAY AT HOME guys!!! walaupun duduk di rumah, kesihatan perlu berada di tahap optima ye. jangan makan macam-macam k, takut nanti sistem imun jadi lemah. nak kuatkan sistem imun? jom cuba Qaseh Gold / Sari Gamat. boleh tekan link di bawah k

http://wasap.my/60126376154/QasehGold


http://wasap.my/60126376154/SariGamat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh gold ukay bistari
Designed by UMIESUEstudio 2016