Tuesday, 1 October 2013

4 Teknik Agar Kita Bercakap dan Anak Mendengar Arahan


Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.
Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.

1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak

Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.

2) Elakkan salah faham 
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.
Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.

3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.

4) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi.
Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.
Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.

Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba.
Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.




Monday, 30 September 2013

SOGO WAREHOUSE SALE!!!


Assalamualaikum sumaaaa...

kali nieyh aku nak cter ckit mngenai SALE!!!!!

semenjak dh jadi mummy nieyh, mana2 sale, mesti akan teruja..bukan aku saja yg teruja, husband pn sama.hehehe..especially sale ky SOGO, sebb bnyak pilihan..dulu aku mmg xsuka sgt g SOGO time sale, sbb nk bayar bukan main pnjang beratur..

kakak ada gtau, yg SOGO xmcm dlu..tpi aku ttp xnk..kemudian, satu hari, husband ajak g sana..saja nk cuci mata beli baju anak..finaly, dia suka plak ke sana, bila nk cari baju anak..

janji ongkos ada, boleh la shopping mopping..hehehe

3 hari b4 sale, aku dh hint husband..bukan skali dua, tpi tiap2 hari..hahaha...punya nk sgt g sana kan..mana xnya, baju anak dara ku mmg xmncukupi..jadi ini lah peluangnya..hehehe

kemuadian kakak & adik pada mulanya nk follow skali, tpi dia g awal sehari, sbb aku g hari ahad, jadi ahad pagi, (xla pagi sangat)..hehehe..

smpai2, parking mmg dh penuh, tpi kami cari penuh kesabaran, alhamdulillah jmpa parking yg dekat ngan lif, senang terus naik tngkt 7..

smpai2 tngkt 7, tgk xde bnyak mana pn..baju baby pn cuma 2 rak je..urmmm mmg dh kecewa sgt nieyh, kami jalan2 ada la jual stroller then comforter..husband pn cam dh frust, dia kata, nieyh sale apanya..

ok la, then aku ajak husband masuk dlm, bila masuk dlm, ada jual kasut, handbag, baju org besar, tetiba ada selit baju budak2..ok, nk sejuk kan hati husband, pilih la tuk mu'az..kemudian, mata terpandang dlm bilik lagi..wah!!!! mmg hebat la..rupanya baju baby ada kt dalam, aku laju la masuk..husband pn ikut..

husband bagi aku peluang pilih baju Humairah, semntara husband layan Mu'az...aku pusing2 cari baju anak dara2..geram2 tgk dress dia..huhuhu
dalam diam xdiam, ada gak 10pasang aku capai..hehehe..cumanya aku frust xdpt nk beli dress hush puppies, dh sale pn mahal lagi..urmmm xpe la..tpi mmg terbayang2...xpe la, next sale klo baju tue ada lagi, mmg aku amik..hehehe

dah setel suma aku duk tepi kira baget b4 bayar...syukur dh amik banyak pn xde la smpai rm500.00..kiranya xde la luar baget husband..

husband setel bayar, husband tnya nk beli apa lagi,..urmmm xde apa la..dh setel baju anak2 ok la..smnjak dh ada anak nieyh, mmg utamakn keperluan anak je..mummy ngan walid pakai je baju yg ada, ada rezeki lebih baru beli baju kami..

thanx sayang, sbb layan saya beli baju anak2..hehehe..
sayang Mu'az ngan Humairah, sayang my Husband juga...

Thursday, 19 September 2013

Muhammad Mu'az & Nur Humairah

Assalamualaikum,

kali nieyh nk cter kisah 2 beradik plak..hehehe

Muhammad Mu'az, setahun tiga bulan dh dpt adik, apa la yg dia tau pasal nieyh kan..time aku balik umah, terus aku letak adik kt playpen, mu'az pnya excited, bukan excited dekat adik ye, tpi excited nk terjun kt playpan..huhuhu..dh la aku tgh sakit2, mu'az plak lasak x igt pnya, mula2 ckp elok2, bila letak adik kt katil, dia pakai lalu je, jadinya asik kena tegur la..kdg2 kena marah..tpi slalu bgtau yg baby tue adik mu'az, slalu ajar, suh kiss adik..

lama2 mu'az dh faham yg baby tue adalah adik dia, selalu gak dia panggil adik..cerdik Mu'az..


kadang2 bagi mainan dia la..sibuk nk angkat adik, adik satu hari dia nk sedut hingus adik, aduh, seb baik aku nmpk, klo x, terjolok plak kt idung adiknya tue..
dlu klo mu'az nk kiss adik, msti kna perhati, sbb dia kiss lama, pas tue terus gigit..tau2 je, adik dh nangis..huhuhu..sian adik,
skunk dh pandai, kiss kt perut, xpn kt kaki je..xkna kt muka pn..hehehe..ada satu hari, aku tgh pam susu, skali humairah nangis, terus dtg kt aku, dia tnjuk2..nk gtau la yg humairah nangis..hehehe



masa mula2 aku bwa g taska, mu'az xbgi langsung org pegang adik dia, kakak ngan abg nk kiss dia xbagi, nangis2 tolak tgk kakak..hehehe..tau plak tue yg tue adik dia..skunk, klo tgk tv pn, mesti baring sebelah adik..tpi kitorg sentiasa perhatikan mu'az, tkot terjatuh kt adik je..klo adik dh kuat, xkisah sgt..

apa2pn, mummy ngan walid sayang Muhammad Mu'az & Nur Humairah...

Nur Humairah Binti Mohd Izuddin

 sedikit sebanyak gambar anak mummy, Nur Humairah

syukur alhamdulillah, rezeki ALLAH beri xterhingga, walaupn semasa mengandung, mcm2 dugaan menimpa diriku, tpi saat bersalin, sangat mudah, dan rezeki pula datang xterhingga, itula mmg dah tertulis, rezeki anak dalam masa yg sama, ada juga rezeki mak ayah..syukur...walaupn humairah xdpt bnyak hadiah cam abang, tpi rezeki humairah ada pda yg lain...Humairah la penyejuk hati mummy, sangat senang jaga humairah time pantang, mungkin humairah sgt memahami yg mummy pantang sendiri, dan nk kna jaga abang Mu'az...
mummy sayang sangat2 kt Humairah





 humairah 7 hari di dunia..

 muka kekenyangan lepas mnum susu mummy

 badan humairah dh nmpak berisi ckit..hehehe








peace, humairah buli mummy, nk duk kt pangku je












muka ayu humairah..masya'allah, indahnya ciptaan mu ya ALLAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh gold ukay bistari
Designed by UMIESUEstudio 2016